Saturday, November 26, 2011

Karnival SkillsMalaysia 2011 di Kota Kinabalu

Diziarahi perasmi karnival
Hujung minggu ini, saya kerja lagi.

Kali ini bertugas menjaga booth dalam Karnival SkillsMalaysia 2011 anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sabah dan Labuan yang diadakan pada 26-27 Nov 2011.

Pejabat saya, Cawangan Perubatan Tradisional & Komplementari Sabah ditempatkan di booth no-57 iaitu kelompok 'island' bersama Persatuan Pengamal Perubatan Tradisional & Komlementari Sabah (TCMAS) dan Akademi Neobayu. 

Kami (pejabat saya) agak berbeza konsep dari booth lain. Booth lain mempromosikan latihan yang mereka tawarkan kepada adik-adik dan sesiapa sahaja - bidang mekanikal, elektrikal, kecantikan, fesyen, jahitan, kulinari, masakan, pertukangan, rekabentuk, seni hiasan, perhotelan, dan lain-lain lagi.

'Terpencil' tapi tidak sunyi

Booth kami antara terkebelakang, jauh dari pentas utama. Tetapi ada yang baik. Booth kami antara paling selamat kerana hanya berdepan booth 'markas' RELA dan Jabatan Pertahanan Awam. Island bersebelahan merupakan institusi yang berkaitan kemahiran perhotelan dan kulinari - tempat kami menumpang makan makanan berhias (tanpa malu-malu). Sebelah belakang booth kami menempatkan booth cybergame - tempat anak muda 'berperang' secara maya.

Begitulah persekitaran.

Tidak ketinggalan, sempat saya bergambar bersama perasmi Karnival SkillsMalaysia 2011 di Sabah ini, YB Datuk Dr Yee Moh Chai, Timbalan Ketua Menteri Sabah, merangkap Menteri Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat.

 Ikon

Dalam menunjukkan realiti dan motivasi kepada pengunjung, Ikon Kemahiran turut dijemput iaitu Chef Sabri sebagai ikon dalam bidang masakan dan Salikin Sidek sebagai ikon dalam bidang fesyen. Saya antara peminat celoteh Chef Sabri di radio ikim.fm kerana profesionalismenya dan jiwanya yang cenderung pada Islam Way Of Life. Ia sesuatu keunikan dan keistimewaan pada watak begitu - dua tauladanuntuk ditauladani pengunjung.

Chef Sabri sedang membuat demonstrasi
Walau saya sendiri dibangunkan dalam watak akademik sepanjang hidup saya setakat ini, saya juga menaruh harapan tinggi dan menghormati aliran kemahiran. 

 "Yang penting di akhirat nanti masuk Syurga"kata Prof Dr Muhaya - penegasan yang ringkas, jelas dan praktikal.

Semoga Perkongsian Bermanfaat

0 ulasan & perkongsian: