Saturday, November 12, 2011

Cerita Bergambar : Khidmat Qurban di Pulau Banggi

Feri Kudat-Pulau Banggi hampir menyerupai Feri Langkawi. Tambang RM15 untuk kelas ekonomi dan RM18 kelas perniagaan)
Suasana dalam feri. Perjalanan sehala mengambil masa sekitar 1.00-1.30 jam. Bergantung kepada keadaan laut.
Merentas Laut Sulu
Jeti Utama Pulau Banggi di Pekan Karakit.

 Ubi Kayu - mungkin ia lambang Pulau Banggi. Wallahua'lam.

Masjid Daerah (Kecil) Banggi di Pekan Karakit
Dari Pekan Karakit, kelihatan Klinik Kesihatan Pulau Banggi di atas bukit.
Setelah berjalan di atas jalan tar sekitar setengah jam, mula memasuki jalan tanah untuk hampir 40 minit.
Sebahagian laluan adalah dikawasan balak.
Lori balak yang membalak
Tiba di Dewan Orang Ramai di Kg Laksian, tempat utama program kami.
Bersalaman dengan sebahagian penduduk kampung yang menyambut kami.

Sebahagian dari paip yang turut dibawa untuk membuat perigi air graviti.
Kami bergerak ke surau yang tidak jauh dari Dewan Orang Ramai. Kerana ketiadaan air di surau, kami ke sekolah rendah di hadapan surau untuk mengambil wudhuk. Penduduk kampung di sini bergantung sepenuhnya kepada air hujan untuk mengisi tong-tong air.

Berbual dengan adik-adik 'warga surau'. Sumber elektrik bergantung sepenuhnya kepada bateri solar. Jika cuaca panas terik di siang hari, lebih lama bateri dapat menampung mentol di malam hari. Saya difahamkan kipas jarang digunakan kerana 'kuat makan' elektrik.
Rosdi, adik Alumni Pusat Dakwah Serantau (PDS) yang paling sibuk. Dia adalah tuan rumah untuk program kami ini.
Antara kaum ibu yang membantu di 'dapur' - terletak di sudut belakang dewan.
Ridzuan, adik Alumni PDS yang bantu membersihkan perut lembu.
Ust Norazamudin memulakan program malam dengan tazkirah. Pengisian menjurus kepada ajakan mengerjakan solat dan mengutamakan ilmu. Sangat praktikal kepada masyarakat setempat.
Program diteruskan dengan tayangan video Muhammad Rasullulah sambil makan malam. Sumber tenaga elektrik bergantung sepenuhnya kepada generator. Adakala suasana berasap - CO2 dari generator.
Saya mengajak adik ini berbual. Berbagai soalan ditanya, tetapi tiada sepatah pun dijawab. Kemudian saya dimaklumkan adik ini memang tidak boleh bercakap mahupun bersuara.
Kami makan malam setelah tamat program. Abang Akriah membeli ikan untuk santapan kami malam itu.
Kami tidur di surau. Bersama kami, 'warganya'. Sebahagian kami tidur di dewan untuk menjaga barang di sana.
Memulakan program pada keesokan harinya - pemeriksaan kesihatan percuma.
Ust Norazamudin merawat dengan kaedah Perubatan Islam. Kami menawarkan perubatan integrasi!
Kaunter farmasi kepada yang memerlukan.
Adik ini bernama Ijal yang berumur 3 tahun. Adik ini pekak dan bisu - difahamkan kerana demam panas yang tidak diuruskan dengan baik ketika umurnya 1 tahun. Anak ketiga dari 4 ini tinggal bersama ibunya tinggal di Pulau Banggi. Bapanya tinggal dan bekerja di Kota Marudu.
Antara yang perlu diberi perhatian. Ramai anak-anak di sini tidak menerima perkhidmatan kesihatan yang baik kerana dikhuatiri oleh pihak berkuasa - tiada dokumen diri.
Lembu ini terpaksa kami simpan dahulu kerana cacat dan tidak layak dikorbankan. Kami membeli lembu lain di saat akhir bagi menggantikannya. Kecewa betul tuan lembu ini tidak memaklumkan kami lembunya tidak cukup sifat.
Salah satu dari 3 ekor lembu yang dikorbankan di Pulau Banggi.
Sebahagian anak muda Pulau Banggi yang bersama dalam kerja melapah lembu.
Adik-adik Alumni PDS yang membuat program kuiz kepada golongan kanak-kanak.
Sebahagian petugas menyediakan plastik untuk daging korban.
Kepala lembu yang masih belum 'dikerjakan'
Majlis penutup. Ucapan penutup oleh ketua kampung dan Hj Khairan selaku Pengerusi YAM Sabah
Bergambar kenangan bersama ketua kampung dan sebahagian yang hadir.
Meninggalkan Kg Laksian. Kami perlu memperuntukkan waktu yang cukup untuk perjalanan panjang di jalan dan tidak boleh lambat untuk 'mengejar' feri ke Kudat.
Perjalanan pulang.
Sebuah sekolah rendah tidak jauh dari Pekan Karakit.

Semoga Perkongsian Bermanfaat

0 ulasan & perkongsian: