Bersolat tarawikh cuma dilaksanakan di bulan Ramadhan. Ia tidak ada di luar Ramadhan, bermaksud ianya istimewa untuk sesiapa yang tahu, ingin dan berhasrat mengisi Ramadhan mereka.
Sudah pasti solat yang agak panjang dan lebih kiraan rakaat secara relatif itu menuntut peruntukan masa yang lebih panjang untuk melaksanakannya. Tidak kiralah dilaksanakan selepas solat Isya’ seperti kebiasaan mahupun dilaksanakan lebih lewat dari itu……secara berjemaah mehupun persendirian.
Meriah
Saya sendiri suka ‘merantau’ untuk solat tarawikh ini. Antara surau, masjid dan musalla pada malam-malam tertentu.
Bukan untuk mengejar kepelbagaian juadah moreh yang dihidang (yang pernah dijadikan kriteria utama ketika masih kanak-kanak) tetapi lebih kepada faktor merasai kepelbagaiaan. Alhamdulillah, Malaysia negara yang aman memungkinkan persekitaran ini.
Sudah pasti suasana selesa, lebih menarik jika berhawa dingin, udara yang dingin menjadi kegemaran. Suara merdu sang imam yang mengepalai solat tarawikh juga mempengaruhi disamping sistem audio yang diselenggara baik. Pada diri sendiri, memilih pakaian yang selesa yang pasti mengundang selesa juga. Mungkin ada yang perlu memakai pakaian sejuk bagi menahan sejuk penghawa dingin di tempat solat.
Sesetangah masjid atau surau mengadakan jamuan berbuka puasa sehinggalah moreh di hujung tarawikh (saya antara pengunjung setia acara ini ketika masih belajar di Universiti – banyak membantu menjimatkan wang saku). Jika ada majlis berbuka puasa atau solat tarawikh malam berkenaan dihadiri oleh tetamu kenamaan, makanan yang dihidang (ada kala lebih tepat baca diedar) akan bertukar mewah berlipat ganda.
Bukan sahaja itu, tambah ‘melengkapkan pakej’ sebahagiannya menyajikan tazkirah ringkas di celah solat tarawikh yang dikerjakan bersama. Ia sebagai peringatan dan pengisian tambahan buat kita.
Jelas ia sungguh meriah. Antara sebahagaian kemeriahan Ramadhan yang tiada di luar Ramadhan. Namun banyak lagi kemeriahan Ramadhan selain senggang waktu sebahagian awal malam itu.
Kini ia bersifat agen penggembira buat yang tahu memanfaatkannya, bersifat penggalak kepada yang mempunyai hasrat menyertainya dan bersifat pengajak kepada yang jauh hati dengannya.
Tiada yang memaksa (mungkin kecuali ibubapa di rumah atau warden di asrama) untuk setiap individu menyertai ke arah kemeriahan ini. Acara-acara ini sudah mempunyai sifat tersendiri yang menarik yang konsisten selama sebulan.
Mengambil kira ini sahaja, mustahil Ramadhan tidak meninggalkan walau sekelumit kesan buat diri. Tetapi ia tetap terpulang kepada diri sendiri yang semestinya sangat unik.
Insaf
Saya berpeluang mengikut Program Jelajah Ramadhan oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah pada Ramadhan kali ini. Program yang biasanya melibatkan penyerahan sumbangan berupa keperluan dapur, wang atau pakaian dan sering diiringi dengan bualan bertanya khabar adakala diselang dengan pengisian berbentuk tazkirah ringkas.
Disesetangah tempat, kami berbuka puasa bersama penduduk setempat, solat maghrib, isya’ dan tarawikh bersama. Di celah acara itu, sempat juga menyelami kesukaran hidup dari luahan sang penerima bantuan. Sebahagiannya muallaf yang perlu bimbingan agama, sebahagian fakir miskin yang perlukan bantuan dan sebahagian kanak-kanak yang tagihkan kasih sayang.
Usah menerobos jauh dalam hati mereka, sekadar melempar pandangan ke rumah kediaman mereka kita sudah merasa sayu. Berbanding rumah kebanyakan kita, mereka sudah bertahun tinggal di rumah serba kurang dan serba tiada (di mata kita).
“Kalau hujan, kami akan kumpul di sini” cerita seorang ibu yang menunjukkan ruang kecil tepi tangga rumahnya yang beratap lebih sempurna berbanding atap dalam rumahnya.
“Atau kami menumpang di rumah sebelah” sambungnya. Mengintai di rumah sebelah, tidak banyak yang lebih sempurna. Mungkin hanya usia rumah yang lebih muda.
Mereka senyum, ketawa dan adakala pandai berjenaka ketika kami bersama. Tetapi kami tahu wujud wajah suram di sebalik ceria itu. Kerana itu memberi sumbangan wang dan keperluan dapur itu sesuatu yang menghiburkan buat kami.
Saya juga sempat ‘menangkap’ beberapa anak kecil dan menyarungkan baju yang disumbangkan buat mereka. Hendak disuruh memilih sendiri sukar kerana sifat malu yang sangat tinggi. Puas saya memanggil setiap nama mereka, tetapi mereka lebih selesa sembunyi di balik dinding rumah yang berlubang, bolos diihat menerusinya. Getar terasa hati jika membayangkan anak saya pada keadaan yang sama….serba tiada dan kurang.
Sebagai penjaga keluarga, saya selalu mohon umur saya panjang. Supaya jika keluarga saya tersorong hingga begitu, saya akan bekerja matian menarik mereka dari situasi itu. Luluh hati saya jika membayangkan saya tiada seperti diharap. Mohon dajauhkan.
Kerana itu, saya menganggap peristiwa-peristiwa ini begitu menginsafkan. Supaya diri pandai menikmati rasa bersyukur.
Tiada sebab untuk ambil mudah
Saya akui saya bukanlah sangat baik untuk memanfaatkan Ramadhan. Saya sendiri banyak yang kurang dan masih belajar berdikit-dikit. Perlu ajakan, bimbingan mahupun sokongan. Adakala perlu memaksa diri sendiri. Tetapi saya rasa kelat dengan sikap ambil mudah akan Ramadhan oleh sesiapa yang berkenaan
Berbuka puasa ‘macam nak rak’ (saya tidak tahu ejaan sebenar). Tetapi amalan lain sekadarnya. Hadir ke masjid / surau, tapi melepak di ruang tangga atau bangku motorsikal di parkir luar. Malah ada juga tidak terlintas pun menambah amalan di Ramadhan.
Menjengah di pendalaman sepanjang Program Jelajah Ramadhan YAM Sabah, kagum saya pada warga sana. Berstatus muallaf, berjalan kaki jauh merentasi laluan gelap dikeliling rimbun lebat dan konsisten sepanjang hari……..apatah lagi Ramadhan.
Usah kata berhawa dingin seperti kita harapkan, kipas kecil pun dikongsi untuk seluruh surau. Soal panas dan peluh tidak dibicara kerana sudah difahami. Malah ada tempat dilawati masih tiada bekalan elektrik. Masih meletak harap pada si lilin buat mengurang kepekatan malam di segenap ruang.
Tangki air surau mengharap hujan memenuhkannya. Ketika kami hadir di Kg Parong, Kota Marudu, tangki itu tidak cukup menampung pertambahan mendadak jemaah hari itu. Adik-adik saya di sana mengangkat air dari perigi untuk memenuhkan tangki. Dek kerana Q yang panjang, saya bersama beberapa kenalan baru memilih untuk mengambil wudhuk di perigi malam itu.
Gelap menerusi denai menuju perigi. Cahaya dari skrin telefon banyak membantu. Sejuk betul air perigi yang ditutup dengan beberapa keping zink itu. Kami saling bantu-membantu sehingga semua mengambil wudhuk. Saya yang sedia sakit pinggang makin menjadi-jadi ketika itu. Sedap betul jika jari-jari isteri saya mengurut otot pinggang yang sakit ketika itu.
Saya tahu saya belum capai mereka yang lebih susah dari ini. Tetapi sekadar ini sahaja, telah banyak menjentik hati saya. Makanan berbuka puasa terhidang walaupun bukan masakan chef hotel, (yang selalu disinonimkan sedap, mengenyangkan, mewah dan puas), berkenderaan, masjid berhawa dingin, rakan bual ketika moreh (?), imam bersuara merdu, permaidani solat yang tebal etc pun adakala rasa malas masih menyinggah.
Mengambil kira semua pengalaman ini, membantu saya lebih memahami tiada sebab untuk kita ambil mudah akan hadirnya Ramadhan. Ramadhan 1433H belum tentu setiap dari kita bertandang akannya.
Ketika ini sumbangan kepada Somalia dipergiatkan. Begitu juga kepada mangsa negara Timur Tengah akibat sikap bangang pemimpin mereka sejak puluhan tahun lalu.
Moga kita memberi dengan memahami.
Sekadar peringatan buat diri, turut ingin dikongsi.
SALAM RAMADHAN & AIDILFITRI.
Semoga Perkongsian Bermanfaat

0 ulasan & perkongsian:
Post a Comment