Malam tadi kami ke Masjid Nur Iman, Kampung Pinang, Alor Setar Kedah.
Tujuannya adalah menghadiri masjid akad nikah adik ipar saya Nabilah bersama suaminya Hasyim.
Melihat sijil nikah malam itu, saya teringat sijil nikah saya dan isteri ketika kami akad nikah lebih empat tahun yang lalu......kerana formatnya sama. Format sijil nikah negeri Kedah barangkali.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz akad nikah, mereka kini adalah suami isteri. Saya juga teruja kerana bertambah nanti bertambah kawan apabila pulang ke kampung.
Teringin juga untuk meneliti dan mengikuti sepenuhnya khutbah nikah dan segala acara dalam majlis ringkas tersebut, tetapi anak saya dan dua orang sepupunya membantutkan hasrat saya.
Mereka berlari dan 'agak menjerit' dalam masjid. Takut mengganggu hadirin lain, saya beralih ke tepi pintu utama menjauhi tok kadi dan kedua mempelai. Tidak apa, redha sahaja untuk anak-anak ini kerana mereka juga saya harapkan mengambil peduli akan kami suatu hari nanti.
Majlis Tautan Hati
Walimatulurus atau nama kreatif 'Majlis Tautan Hati' diadakan pada esok harinya 12.03.2011 di rumah ibubapa mertua di Kangkong, Simpang Empat Alor Setar.
Peranan saya mungkin tidak besar. Sekadar menjaga di pintu masuk utama menyambut tetamu yang datang.
"Assalamualaikum Hj. Selamat datang" sambut saya kepada golongan yang saya rasakan patut dimuliakan dengan gelaran Haji.
"Assalamua'laikum makcik. Untuk perempuan, boleh terus pi (pergi) ke belakang sana tu" sambut saya kepada yang berkenaan sambil menunjukkan pintu pagar yang terletak lebih kebelakang dari pintu utama.
Masalah saya adalah ramai tetamu tidak saya kenali. Jika kenal boleh juga saya maklumkan kepada bapa mertua saya yang bersama di pintu utama itu di atas kerusi rodanya.
"Assalamualaikum Ustaz Ahmad" ucap tetamu yang bertandang.
"Waalaikumussalam. Siapa ni? tanya bapa mertua saya.
Bukan tidak kenal, tetapi kerana rabun matanya menghalang dia mengenali seseorang dengan rupa. Dia mengenali orang melalui suara atau sebaiknya memperkenalkan diri.
Yang selesai ziarah mereka dan hendak pulang, diserahkan sedikit cenderamata tanda penghargaan kesudian berkunjung.
Kami tiada jadual waktu khas dan pembahagian kerja khusus untuk tugas-tugas sepanjang walimah. Sesiapa sahaja boleh berperanan apa sahaja di ruang mana sahaja dalam majlis tersebut.
Rupanya bukan sahaja pengantin seronok di hari mereka bergelar Raja Sehari. Saya juga merasa enjoy melakukan apa yang patut saya lakukan terutama bila menemui beberapa rakan baru termasuk brother photographer untuk bertemu-sua dan berkenalan.
Anak saya, Muhammad Faateh yang berumur 1 tahun 10 bulan juga suka membantu kami (dengan caranya) dalam urusan kerja-kerja ini. Melihat telatahnya, juga hiburan kepada saya.
Diucapkan tahniah kepada kedua pengantin. Moga Baitul Muslim yang dibina kekal bahagia dan ceria hingga ke akhirat sana. Barangkali anak saya mempunyai tambahan sepupu tidak lama lagi. InsyaAllah. Kunjungi SINI untuk ke blog mereka.
Semoga Perkongsian Bermanfaat

1 ulasan & perkongsian:
Selamat pengantin baru... kepada Nabilah n Hasyim...
owh, Encik Tuan Rumah, saya jumpa gambar mereka kat sini... Jenuh saya mencari ;)
Post a Comment