Mungkin ramai yang tidak ambil kisah.
Tapi tidak kurang yang melenting jika mereka ‘dianiaya’. Malah antara yang ‘dianiaya’, mereka juga antara ‘penganiaya’ kepada yang lain.
Saya sentiasa terpukul dengan sikap ‘aku tidak pedulisme’ (meminjam istilah Ustaz Hasrizal Jamil) yang seakan menjadi darah daging masyarakat kita hari ini. Entahlah apa masalahnya, makin hari makin subur nampaknya.
Di jalan raya. Di pasaraya. Di tempat kerja. Di mana-mana.
Tidak mereka fikirkan orang lain ketika bertindak. Yang penting niat sendiri tertunai. Malah bila orang lain membuat tindakan yang sama, tahu pula dia meradang menyebut ‘damn’, 'shit', 'fuck' (maaf, tetap ia biasa saya dengar)…………begitulah putaran, putaran, putaran dan putarannya.
Issshhh……sendat juga dada ini ketika terlalu memikirkannya.
‘Adab’ membeli-belah
“Ish, tak reti nak parking betul-betul ke?” geram saya ketika ada kereta ‘tidak beradab’ ketika meletak kenderaan.
Tidak beradab meletak kenderaan seperti meletak kenderaan tidak di dalam kotak dengan betul, parkir dengan mengambil lebih satu kotak parkir mahupun parkir di tengah jalan. Langsung tidak memikirkan perihal orang lain.
Lebih parah ketika tempat parkir penuh. Tentu cepat kita naik angin melihat kereta kecil mengambil dua kotak parkir.
Seringkali juga ketika membeli-belah, kita berjumpa dengan barangan yang mana balutan plastiknya telah dibuka/dikoyak (oleh pelanggan lain). Bila diteliti, keadaan masih baik dan bukan rosak. Tetapi sesekali berjumpa juga dengan mereka yang tanpa segan-silu membuka bungkusan plastik kemudian membiarkan begitu sahaja.
Bila sudah dibuka, siapa yang akan beli? Kalaulah dia tuan punya kedai…….…
Mungkin dia belum ‘sedar’ untuk berfikir sejauh itu.
“Mana yang itu? Mana yang ini? Sebelum ni dia letak sini sahaja” sambil membelek-belek hulu ke hilir mencari barang yang hendak dibeli.
Rupanya barang yang dicari hanya di situ sahaja. Di tempat biasa sahaja. Cuma ada pelanggan lain yang tidak jadi membeli sesuatu barang melonggok barang-barang di situ……..sehingga menutup barang-barang yang tersusun kemas di bawahnya.
Tidak terkecuali ketika membeli-belah, kita menemui sebungkus nugget di rak syampu! (sebagai contoh).
Kita sudah terbiasa dengan senario-senario ini sehingga kita rasakan ia perkara biasa dan bukan satu kesalahan.
Malu
Tetapi jika difikirkan mendalam, ianya satu yang memalukan.
Malu kepada diri sendiri sekurang-kurangnya.
Terlalu kurang kesedaran sivik kita.
Kita adalah ‘penganiya’ diri kita sendiri kerana ‘aku tidak pedulisme’.
“Aku penganiaya yang tidak pedulisme”
“Dah lama dah”………..
nota : dari saya yang mengunjungi kedai/pasaraya saban minggu di Malaysia


0 ulasan & perkongsian:
Post a Comment