
Bergambar di hadapan 'surat Kami mencintaimu Ya Rasullulah' di Masjid Bandaraya, Likas sempena Karnival Keluarga Sakinah.
Meraikan sambutan Maulidur Rasul sudah menjadi sebahagian dari budaya masyarakat Malaysia.
Tambah menarik, ia diistyharkan sebagai cuti umum.
Pelbagai aktiviti diadakan - berarak, bersalawat, bermarhaban, ceramah, forum, penganugerahan tokoh maulidur Rasul dan sebagainya
Malam tadi, saya menghadiri ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul di Surau Kampung Berundong, Papar. Sampai juga saya ke sana atas jemputan bos saya yang juga merupakan pengerusi surau berkenaan. Tidak rugi saya menegurnya sebelum pulang kerja petang kelmarin.
Elok sangatlah, kerana memang saya bercadang bermalam di Papar malam tadi kerana isteri saya oncall di Hospital Papar. Sekadar menemani isteri dan anak saya.
Apa yang menarik dalam konteks diri saya dari ceramah Ustaz Shahril adalah bagaimana menunjukkan kasih pada Rasullulah. Antaranya melaksanakan sunnahnya.
Antaranya mengamalkan doa yang diamalkan baginda, kelembutan baginda ketika bersosial, ketekunan baginda mengerjakan dakwah, kesabaran dan sebagainya.
Saya akui saya kurang tindakan ini. Mungkin selama ini saya katakan cinta Rasullulah.....tapi hati kecil saya tahu realiti diri saya.
Diri saya terlalu banyak kurang. Saya seorang anak. Saya seorang suami. Saya seorang ayah. saya seorang adik. saya seorang abang. Saya seorang pekerja. Saya seorang jiran. Saya seorang ahli masyarakat................terlalu banyak untuk dibaiki.
Saya menanam azam, sambutan Maudur Rasul akan datang menjadi hari penilaian sebanyak mana sunnah Rasullulah yang saya mula hidupkan dalam diri saya dan keluarga mulai hari ini. Mudahan Allah memberi peluang kepada saya.
Ya Allah, berilah petunjuk kepada hambaMu yang lemah ini.
Selamat mengambut Maulidurrasul.

0 ulasan & perkongsian:
Post a Comment