Pages

Sunday, February 13, 2011

Rehlah @ Hutan Lipur Kawang

Penyertaaan kali ini lebih ramai dari sebelumnya.

Dan yang pasti pertambahan ini menambahkan kemeriahan.

Kali ini usrah kami membuat aktiviti luar lagi. Kali ini berkelah di Hutan Lipur Kawang pada 3 Februari 2011 yakni bersempena cuti Tahun Baru Cina.

Saya sekeluarga sedikit lambat berbanding yang lain kerana saya ke Hospital Papar dahulu mengambil isteri yang oncall pada malam sebelumnya.

Seperti biasa, kami para lelaki membakar ikan, ayam dan sosej.

Yang perempuan sudah menyelesaikan semua urusan itu di rumah dengan masakan masing-masing. Pelbagai variasi menu untuk disantap hari itu. Mereka sibuk melayani karenah anak-anak kecil sedang kami membuat urusan membakar.

“Jangan sebut bakar, nanti Abang Bakar marah”

Abang Bakar yang juga di situ cuma tersenyum mendengar gurauan kami.

“Pakai ‘panggang’ sedikit………ikan panggang, ayam panggang, sosej panggang”

Seronok sesekali dengan gurauan begitu.

Hutan Lipur Kawang

Hutan Lipur Kawang merupakan hutan simpan yang dipelihara oleh Jabatan Perhulitan Sabah.

Ianya terletak di daerah Kawang, sekitar 20 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu.

Biarpun tempatnya agak kecil, tidak seperti kebanyakan hutan simpan peranginan yang lain, tetapi ia tetapi juga mempunyai rumah penginapan.

Cuma sungainya agak ‘comel’ ketika kami ke sana tempoh hari. Kata sahabat-sahabat, keadaan airnya bergantung pada hujan.

Jika selepas hujan, air sungainya banyak.

Tetapi jika tidak hujan, boleh jadi air sungai terus kering!

Agak mengejutkan, tetapi itu yang dikatakan. Saya pun tidak pasti bagaimana memastikan kebenarannya.

Bermakna jika hendak berkunjung, sila pastikan dahulu cuaca di langit.

Saya tidak melepaskan peluang untuk mandi di sungai tersebut pada hari berkenaan. Memang kecil sungainya berbanding biasa. Jika rasa tak muat, kita ada pilihan lain mandi si kolam yang berada di tengah kawasan berkenaan – airnya juga dari sungai.

Walaupun begitu, saya berpuas hati. Niat dari rumah bukanlah untuk mandi. Niat sebenar adalah menemui sahabat.

Kami mengambil gambar kenang-kenangan di akhir acara.

Terkejut saya dengan anak saya Faateh, lama dia duduk di baris hadapan bersama sahabat-sahabat sebayanya semasa sesi mengambil gambar. Sukar untuk dia begitu.

Terhibur saya bila nampak dia sudah pandai bersosial dan meraikan yang lain - Faateh berbaju 'harimau belang'.


Gambar dari albelurani.blogspot.com

Semoga Perkongsian Bermanfaat

No comments: