
Saya tidak memandang penting pada isu roti jenama Gardenia ini pada mulanya.
Pertama kali saya maklum akan keraguan status halal adalah melalui status facebook adik saya. Lagipun, status tersebut tidak menyebut akan ianya tidak halal secara langsung. Cuma disebut logo halal ditutup. Itu sahaja. Satu kenyataan yang sangat subjektif dan tidak bersifat satu pendirian.
Sehingga saya sendiri melihat sendiri setiap logo halal pada roti Gardenia ditutup dengan pelekat (sticker) bulat berwarna putih semasa mengunjungi pasaraya Survey berhampiran rumah. Terus terang saya katakan, saya akan saya beli roti tersebut jika tiada pelekat bulat itu atau saya tidak maklum akan kisah sebelumnya.
Sah, cerita 'pelekat bulat' itu sudah saya tatap dengan mata sendiri. Bukan satu, tetapi SEMUA bungkusan roti berkenaan.
Berhari-hari saya mencari maklumat. Mengharap khabar dari televisyen dan radio - tiada sama sekali. Kecewa rasanya isu TIDAK KECIL ini dibiarkan orang ramai tertanya-tanya. Atas alasan ini saya meluat jika pihak tertentu mengomel pula yang meminta orang ramai tidak membuat spekulasi. Bila orang tertanya-tanya dan tidak diberikan jawapan, sudah pasti pelbagai andaian berbentuk spekulasi akan menjadi akibatnya.
Mencari dari internet, beberapa laman sesawang 'melaporkan' kisahnya masing-masing. Entah betul atau tidak saya tidak pasti. Yang pasti ianya lebih bersifat khabar angin kerana mereka bukanlah pihak berkuasa yang berkaitan. Mereka seperti juga saya, sebahagian dari masyarakat yang tertanya-tanya.
Menerimanya sukar. Menolaknya juga sukar. Entah, kerana mempercayai khabar angin bukanlah satu sikap yang perlu diamalkan. Tambahan jika ceritanya bukan dari pihak yang berkenaan.......pasti ada bias. Biasanya.
Tidak halal = Haram
Kebetulan kita menyambut Maulid Nabi. Banyak ceramah di sana-sini. Saya kunjung mana yang saya berkelapangan. Antaranya ada menyebut isu roti Gardenia. Ikut kata penceramah ianya sememangnya tidak halal atas beberapa alasan masing-masing.
Kebetulan lagi saya baru berkenalan dengan seorang sahabat. Kami berkenalan dan mendapati dia bekerja di jabatan berkaitan isu halal ini. Tambahan lagi katanya dia baru selesai menghadiri sesi bengkel yang tempohnya lebih seminggu di Kuala Lumpur.
Dia menerangkan roti Gardenia yang dikilangkan di kilang Sabah sememang TIDAK HALAL kerana menggunakan berus dari bulu babi semasa pembuatannya. Bahan ramuan juga terdapat bahan yang diragui status halalnya. Apa yang lebih mengejutkan, kilang Gardenia yang terletak di Putatan, Sabah tidak pernah mendapatkan sijil halal.
Berat untuk tuliskan maklumat ini di sini. Ialah, sekarang zaman saman-manyaman. Sebahagiannya disusahkan bukan kerana tidak benar, tetapi dianggap tidak patut (entah dari sudut mana).
Kalau saya salah, mohon maafkan. Saya akan remove segera artikel ini jika artikel ini membawa kisah palsu. Kalau saya betul, mohon kita pelajari bersama-sama dan saling mengingati antara satu sama-lain.
Ini adalah ruang yang saya dapat mafaatkan. Tetapi saya masih mengharapkan pihak berkuasa yang berkaitan menjawab teka-teki masyarakat ini secara meluas.
Biarpun jika pihak tertentu mengklasifikasikan isu ini hanya khabar angin, tolonglah jawab sesuatu dan katakan ia tidak benar. Jangan biarkan masyarakat tertanya-tanya. Kenapa khabar angin lain boleh dijawab dengan megah?
Kenapa mesti memilih-milih?
Atau kita malu atau takut (tidak kena pada tempatnya) ?
Masyarakat perlukan jawapan.
Saya tidak rasa kita rasis jika bercakap tentang soal ini secara terbuka. Penat rasanya kita bersifat prejudis dan takut dengan bayang-bayang sendiri.
Moga Allah ampunkan kita dari dosa-dosa kita lalu samada kita sengajakan atau tidak sengajakan. Moga juga Allah jauhkan kita dari niat jahat orang-orang yang memusuhi.
Semoga Perkongsian Bermanfaat
Nota - Berita TV akhir-akhir ini asyik pasal politik je. Ucapan PM komen masalah dalaman PKR diulang-tayang dari berita pagi, berita tengah hari, sampai ke Buletin Utama pada malamnya. Boleh hafal skrip PM kalau saya mahu. Tidak ada berita lainkah? Isu ini tidak juga terjawab-jawab. Beginikah sikap media kita yang dikatakan bersifat mendidik dan penyebar maklumat?

5 ulasan & perkongsian:
Assalammualaikum,
Terima kasih dengan artikel menarik berkenaan dengan isu ini.
salam.
Hi, I m Sabahan..
urm..saya baru dapat text msg daripada mumy saya..
"b, jgn beli roti jenama gardenia..tak halal..bla bla bla"
Okie, saya try nak dapatkan info pasal nih..and i found this article..tq! :]
Neway, bgaimana dgn kilang gardenia area smenanjung, semua di sahkan halal tak? :]
thanks.
_rebekarizanabdullah
b,
kalau ikutkan dari website JAKIM, kilang gardenia di semenanjung memang ada sijil halal. Tanya kawan yang berkenaan, kilang semenanjung takde masalah. Cuma kilang di sabah je ada masalah.
Assalamu'alaikum..
Terima kasih atas perkongsian n backlink-nya.. d(^^,)
Assalamu'alaikum..
Terima kasih atas perkongsian n backlink-nya.. d(^^,)
Post a Comment