Pages

Wednesday, March 24, 2010

Keberkatan dari berpagi-pagi

Saya membuka satu tajuk forum di iLuvislam.com dengan menjadikan artikel Mulakan Kehidupan Seawal Pagi sebagai bahan perbincangan. Ini kerana ia bukan isu setempat atau isu individu. Ia bukan isu diri saya, tetapi isu semua. Ia adalah isu global yang melibatkan anak-anak melayu Islam seperti saya dan ramai di luar sana.

Mungkin kerana kehidupan yang 'mudah', kita lena dengan dengan kesenangan. Tiada lebihnya bangun awal melainkan perkara-perkara yang masih belum kelihatan (pahala, berkat, rezeki).

Berikut saya copy paste komen dari ana_sumayyah - hujah dan pegangan buat kita.

Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi:

اللهم بارك لأمتي في بكورها
Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.

Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس '

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Berkata Nabi di dalam hadith yg diriwayatkan oleh at-Tabarani di dlm al-Awsath:

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح'

Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.'

Oleh itu para fuqaha' menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:
'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'

Dan dalam hadith: '
اللهم بارك لأمتي في بكورها' (Ya Tuhanku, berkatilah umatku yg berpagi-pagi) [Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya].

Disebutkan ulama' bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yg berjaga malam utk qiyam dsb

Banyak lagi komen menarik di sana untuk dikongsi. Tetapi saya kongsikan komen dari saudari yang saya sebut di atas kerana homework yang sememangnya sedang saya cari. Terima kasih kerana sudi memberi.

Semoga Perkongsian Bermanfaat

No comments: