Saturday, March 10, 2012

Negeri Kelantan Seindah Namamu oleh Oki Setiana Dewi

Oki Setiana Dewi merupakan heroin filem dan sinetron Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Setelah penulis buku KCB, Ust Habiburrahman El-Shirezy dijemput ke Kelantan bagi tujuan berkongsi dengan warganya tahun-tahun kebelangan ini, kini Oki pula dijemput.
Bagi saya bukan soal utama siapa yang kita jemput. Tetapi yang saya kagum relavansi watak begini dijadikan tetamu di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Kagum dengan penerimaan menyeluruh warganya di mana penganjuran program begini sebagai memenuhi kehendak semasa di sana.
Impian da harapan
Saya telah 7 tahun di Sabah. Saya memang sukai halaman ini dan menjadi sebahagian dari warganya. Ketika ramai sahabat yang sama-sama asing datang ke sini dahulu dan junior telah pulang ke kampung, saya belum ada sebab mendesak untuk pulang meninggalkan Sabah. Tidak sedikit warganya sebagai sahabat, kenalan, bos, rakan sekerja, kakitangan, jiran dan sebagainya. Malah anak saya juga IC Sabah. 
Adakala, sesuatu memerlukan model untuk ditunjukkan bagi memudahkan membuat gambaran dan menyelesaikan kekeliruan.
Justeru saya amat mengharapkan puisi 'Negeri Sabah Seindah Namamu' juga terukir atas ekspresi realiti di kemudian hari nanti. Dengarkan bait-bait puisi ini yang menggariskan ciri-ciri model itu, moga ia juga relavan di tanah ini.
Semoga Perkongsian Bermanfaat

Kebaikan akan menarik kebaikan


Terus-terang saya teruja bila balik kampung di Kedah beberapa tahun kebelakangan ini. Saya boleh memilih merata tempat untuk majlis ilmu saban malam. Pengisian baik juga cukup signifikan dalam radio Kedah.fm oleh ulama yang hanya biasa kita tonton di youtube sahaja. Khutbah Jumaat dan Raya lebih berinti untuk tujuan aplikasi. Bilboard pula mula pandai mengenali tulisan jawi dan lebih bersopan. Apatah lagi di Kelantan yang 20 tahun dipandu oleh manusia yang memandu dunia dengan mengingati akhirat. Memang kebaikan sentiasa menarik kebaikan dari manapun.

Semoga Perkongsian Bermanfaat

Imam Hoslan.....mangsa keadaan semasa

  
Bermula pengkhianatan dana masjid oleh beberapa individu, Imam Hoslan bertindak mendedahkannya. Tindakannya kurang disenangi hingga beliau digari keluar dari masjid, satu lagi pengkhianatan. Di mahkamah, tindakan benar beliau dikhianati lagi hingga mengundang marahnya. Kerana tindakan marahnya dengan membaling kasut kepada hakim, beliau dijatuhkan hukuman penjara setahun, juga satu lagi pengkhianatan kepadanya. Saya tidak pertikaikan perkara teknikal yang mendorong implikasi akhir ini. Tetapi cuma memikirkan betapa banyak fitnah akhir zaman yang boleh membawa seorang yang amanah ke penjara. Cukup berbeza dengan saat pemerintahan Umar Abdul Aziz dimana kambing dan serigala pun boleh berkawan!

Saya menyarankan semua pihak memahami keadaan ini sebaiknya. Saya tersinggung tindakan muka depan sebuah akhbar kelmarin yang melabelkan Imam Hoslan ini sebagai 'Imam Kurang Ajar'. Apa yang berlaku ini memang tidak patut berlaku jika negara yang perlu dikatakan Negara Islam ini mempunyai jiwa Negara Islam.

Wallahua'lam - Allah Lebih Mengetahui.

Semoga Perkongsian Bermanfaat

Thursday, December 8, 2011

Inovasi dalam Komunikasi

Compliments Board di Maybank Islamic Sadong Jaya, Kota Kinabalu.
Gambar di atas saya ambil di Maybank Islamic di Sadong Jaya, Kota Kinabalu.

Sekali pandang ia nampak biasa. Tetepi merenung dalam dan meletakkan saya sebagai pekerja bank, saya rasa ia suatu kreativiti yang luar dari kebiasaan.

Ia pula nampak lebih mesra pengguna pada pandangan saya sebagai pelanggan. Sekadar mencabut sekeping kertas berpelekat dan menulis sesuatu samada cadangan, pandangan atau komen. Kemudian ditampal semula di papan disediakan - boleh dibaca oleh pelanggan lain atau pekerja bank sendiri. Begitu telus!

Ia adalah gagasan sikap yang perlu dipupuk kepada penjawat awam untuk menginovasikan kaedah komunikasi dengan pelanggan. Penjawat awam perlu keluar dari kebiasaan yang statik, terlalu rutin dan hanya melepaskan batuk di tangga.

Bukan sedikit peti aduan atau peti cadangan kosong, kusam, kotor, berhabuk dan rosak tidak diganti. Tidak sekadar dihias tahi cicak, malah labah-labah juga sempat berzaman bermastautin di sana. Bukan di ceruk pejabat, tetapi di depan kaunter utama pejabat.

Kita benar-benar perlukan gagasan minda untuk berinovasi dalam komunikasi.

Semoga Perkongsian Bermanfaat

Sekolah Rendah Tahfiz An-Nur, Kota Kinabalu


HUBUNGI SEGERA untuk mendaftarkan anak-anak anda sebagai salah seorang pelajar Sekolah Rendah Tahfiz An-Nur.

No perhubungan adalah seperti pada poster di atas.

Semoga Perkongsian Bermanfaat

Saturday, November 26, 2011

Karnival SkillsMalaysia 2011 di Kota Kinabalu

Diziarahi perasmi karnival
Hujung minggu ini, saya kerja lagi.

Kali ini bertugas menjaga booth dalam Karnival SkillsMalaysia 2011 anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sabah dan Labuan yang diadakan pada 26-27 Nov 2011.

Pejabat saya, Cawangan Perubatan Tradisional & Komplementari Sabah ditempatkan di booth no-57 iaitu kelompok 'island' bersama Persatuan Pengamal Perubatan Tradisional & Komlementari Sabah (TCMAS) dan Akademi Neobayu. 

Kami (pejabat saya) agak berbeza konsep dari booth lain. Booth lain mempromosikan latihan yang mereka tawarkan kepada adik-adik dan sesiapa sahaja - bidang mekanikal, elektrikal, kecantikan, fesyen, jahitan, kulinari, masakan, pertukangan, rekabentuk, seni hiasan, perhotelan, dan lain-lain lagi.

'Terpencil' tapi tidak sunyi

Booth kami antara terkebelakang, jauh dari pentas utama. Tetapi ada yang baik. Booth kami antara paling selamat kerana hanya berdepan booth 'markas' RELA dan Jabatan Pertahanan Awam. Island bersebelahan merupakan institusi yang berkaitan kemahiran perhotelan dan kulinari - tempat kami menumpang makan makanan berhias (tanpa malu-malu). Sebelah belakang booth kami menempatkan booth cybergame - tempat anak muda 'berperang' secara maya.

Begitulah persekitaran.

Tidak ketinggalan, sempat saya bergambar bersama perasmi Karnival SkillsMalaysia 2011 di Sabah ini, YB Datuk Dr Yee Moh Chai, Timbalan Ketua Menteri Sabah, merangkap Menteri Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat.

 Ikon

Dalam menunjukkan realiti dan motivasi kepada pengunjung, Ikon Kemahiran turut dijemput iaitu Chef Sabri sebagai ikon dalam bidang masakan dan Salikin Sidek sebagai ikon dalam bidang fesyen. Saya antara peminat celoteh Chef Sabri di radio ikim.fm kerana profesionalismenya dan jiwanya yang cenderung pada Islam Way Of Life. Ia sesuatu keunikan dan keistimewaan pada watak begitu - dua tauladanuntuk ditauladani pengunjung.

Chef Sabri sedang membuat demonstrasi
Walau saya sendiri dibangunkan dalam watak akademik sepanjang hidup saya setakat ini, saya juga menaruh harapan tinggi dan menghormati aliran kemahiran. 

 "Yang penting di akhirat nanti masuk Syurga"kata Prof Dr Muhaya - penegasan yang ringkas, jelas dan praktikal.

Semoga Perkongsian Bermanfaat

Thursday, November 24, 2011

Program berkhatan 19-22 Nov 2011

Seronok saya buat kerja ni. Teringat zaman belajar di Universiti dulu reconstitute ubat anti-kanser dalam bilik bersih.
Sahabat-sahabat Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina atau singkatannya PASPISMA dan Yayasan Amal Malaysia dari Terengganu dan Kelantan telah menghadirkan diri ke Sabah pada 19-24 November 2011 dalam siri Program Khatan Borneo.

Serius saya katakan, saya tidak mengenal seorangpun dari mereka sebelum kehadiran mereka. Tetapi perjumpaan kami menggembirakan saya. Perjumpaan dan amal jamaie atas nama Islam selalu bersikap begitu. Biarlah kita tidak pernah bersua, tetapi pertemuaan pertama dan bual bicara awal cepat menimbulkan saling percaya.

Program khatan

Selesai makan tengah hari dan membeli baki keperluan termasuk ubat-ubatan pada 19 Nov 2011, mereka terus ke Pitas. Pada pagi 20 Nov 2011 mereka memulakan program khatan Pitas. Selanjutnya di Kota Belud pada petang 20 Nov 2011. Saya tidak dapat mengikuti kedua program ini kerana mempunyai urusan lain termasuk menunaikan sedikit hak keluarga - saya hampir tidak di rumah saban hujung minggu akhir-akhir ini.

Program 21 Nov 2011 dapat saya ikuti kerana mengambil cuti rehat. Ia bermula di Sepanggar pada sebelah pagi dan seterusnya di Kiulu pada sebelah petang. Faktor kekurangan petugas (terutama 'tok mudim'), bilangan kanak-kanak dikhatan dan jarak antara lokasi program memanjangkan tempoh program. Kami bermula pada awal pagi dan hanya tamat selepas menjelang Maghrib. Justeru, kami solat Maghrib di lokasi sebelum menutup turai program.

Jika dikira kudrat masa dan tenaga, ia memang memenatkan. Tetapi kudrat kepuasan, ia sebenarnya menambah tenaga.

'Budak bandar' vs 'Budak kampung'

Rasanya bukan kebetulan. Tetapi ia sangat signifikan.

Ramai betul kanak-kanak menangis dan menjerit dalam program khatan di Sepanggar. Malah ada juga yang 'menarik diri' sehendaknya dan berkeras tidak mahu dikhatan. Saya antara kaki pujuk pada pagi itu. Namun umpan mainan (yang telah sedia dibeli bapanya) yang saya api-apikan tidak mengena.

Tetapi suasana berbeza di Pitas, Kota Belud dan Kiulu. Suasana sunyi di ruang khatan, mungkin hanya sedikit suara mengaduh sekali-sekala. Dari sekecil-kecil tubuh hingga sebesar-besar tubuh, semuanya kelitihan lebih tenang. Pastinya kami petugas turut tenang. Keluar ruang khatan sambil tersenyum. Sehingga saya pun kehairanan tetapi bangga dan lega.

"Budak bandar ni manja. Budak kampung ni tahan lasak" itu hipotesis kami. Juga sedikit bingung dengan tindakan 'menangis tanpa sebab'.

Pasukan perubatan untuk amal

Banyak ruang lingkup dan kaedah dakwah termasuk Dakwah Bil Hal.

Antaranya melalui perkhidmatan kesihatan atau perubatan.

Dalam selang masa tugasan, saya berbual santai dengan Dr Fadliyazid dan pasukannya untuk merealisasikan PAPISMA Cawangan Sabah. Ia cadangan yang telah difikirkan lama oleh PAPISMA pusat. Tetapi faktor perhubungan, tenaga manusia dan lokaliti melambatkan upaya.

Saya setuju dengan usaha-usaha semasa yang ada. Saya cuba menolong yang daya. Jika masyarakat di Semenanjung mengharap pasukan amal seperti ini, apatah lagi masyarakat di Sabah. Keperluan berkali-kali ganda.

Sesuatu yang perlu difikirkan oleh sahabat Muslim di Sabah, terutamanya yang dilatih dalam bidang kesihatan dan perubatan. Permudahkanlah sahabat-sahabat kita di Semenanjung dengan menyumbang tenaga kita dalam medan dakwah sekitar kita sendiri. 

Saya rasa kelat bila ajakan kepada sahabat-sahabat 'seSabah' yang tidak memberi respon untuk berganjak beberapa puluh atau ratus kilometer dari rumah sedang sahabat-sahabat Semenanjung telah terbang ribuan kilometer dari mata keluarga mereka.

Moga titik tolak permulaan di belakang masa kita sekarang dan hanya sedang merintis kewujudan.

Dr Fadliyazid memberi taklimat sebelum program bermula. Bersamanya dihadapan adalah Cikgu Anuar Ali.
Anak-anak Sepanggar- selesai dan telah menarik nafas lega.

Anak-anak di Kiulu sedang menunggu giliran khatan. Diadakan di Masjid Al-Hidayah, Pekan Kiulu, Tuaran.
Rombongan sahabat pulang semula ke Semenanjung pada lewat pagi 22 Nov 2011 selepas ziarah Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz pada awal pagi.

Jazakallahukhairankathira. Saya memohon maaf kerana tidak dapat banyak gambar untuk tatapan semua. Ini sahaja gambar yang diambil menggunakan kamera telefon saya (yang seadanya).

Semoga Perkongsian Bermanfaat